Aliran halaju tinggi dalam saluran Nombor_Mach

Sekiranya aliran di dalam saluran melepasi M=1 mencapai kelajuan supersonik, satu perubahan ketara akan berlaku. Secara logiknya, pengecutan aliran dalam saluran akan meningkatkan kelajuan aliran (iaitu menjadikan saluran lebih sempit akan menghasilkan aliran udara yang lebih laju) dan kenyataan ini adalah benar pada kelajuan subsonik. Bagaimanapun, setelah aliran mencapai kelajuan supersonik, perhubungan di antara kawasan aliran dan kelajuan adalah sebaliknya: meluaskan saluran akan meninggikan kelajuan.

Oleh itu sekiranya kelajuan aliran ingin ditingkatkan kepada kelajuan supersonik, kita memerlukan muncung tumpuan-mencapah, di mana bahagian tumpuan akan memecut aliran ke kelajuan sonik M=1, manakala bahagian mencapah akan memastikan keadaan pecutan ini kekal. Muncung seperti ini dikenali sebagai muncung de Laval dan dalam kes-kes terlampau ia boleh mencapai kelajuan hipersonik yang menakjubkan (Mach 13 pada aras laut).

Alat Meter Mach pesawat atau Sistem Maklumat Penerbangan Elektronik boleh memaparkan Nombor Mach yang diperolehi daripada tekanan tak berkembang dalam (tiub pitot) dan tekanan statik.